About Me

My photo
saya tak sombong macam yang awak sangkakan.i'm single.cause single is simple.

Friday, April 1, 2011

Dalam perhubungan itu, selalu ada pertelingkahan, pertengkaran;

Hakikatnya, cinta itu sesuatu yang indah dan membahagiakan.

Selalu berlaku pendustaan dan penipuan;

Walhal, dalam percintaan itu perlu ada kejujuran terhadap pasangan.

Wujud rasa tidak percaya terhadap pasangan;

Sedangkan rasa percaya antara satu sama lain penting dalam memastikan hubungan cinta itu kekal harmoni.

Bercinta bukan atas dasar perasaan sayang, kasih kepada pasangan;

Realitinya, rasa cinta itu akan terbit bila ada rasa kasih dan sayang sesama insan.

Dan macam-macam lagi la sebab yang akan membawa kepada persoalan “Perlu ke??” ini.

Sebenarnya, aku rasa terpanggil untuk menulis tentang ini selepas aku terbaca satu entry oleh saudara X-PO; BAGUS KE JUAL MAHAL DALAM BERCINTA? Apakah kaitannya?? Haaa… Mari. Mari. Dengar Nadiah Zain nakbercerita.

OK. Mari kita petik sikit kata-kata saudara X-PO tentang reason perempuan terutamanya, jual mahal dalam bercinta. Salah satu daripada sebabnya adalah untuk mengelakkan dari ditipu bulat-bulat oleh orang yang kita tak kenal.

Yes!!! Aku memang sangat-sangat setuju dengan statement itu. Sebab tak mahu ditipu bulat-bulat. Pada aku, bukan sahaja tak mahu ditipu oleh orang yang tidak dikenali, malah oleh orang yang dikenali juga, iaitu pasangan kita sendiri. Yelah. Bercinta bagai, tapi hakikatnya ditipu hidup-hidup.

Jadi, mari kita berbalik kepada tajuk entry kali ini; Perlu ke bercinta bila…

Dan… Dengan itu, aku timbulkan persoalan ini; Perlu ke nak bercinta kalau sepanjang percintaan itu disulam dengan penipuan? Aku geram melihat fenomena ini. Orang nak bercinta, dia pun nak bercinta. Tapi, kenapa mesti ada penipuan itu? Susah sangat ke nak berlaku jujur terhadap pasangan?

Orait. Contoh:

A: Weh, nanti kalau pakwe/makwe aku cari, ko cakap kat dia, aku pergi rumah si C buat assignment.

B: Nape lak weh?

A: Ala.. Ko ni.. Aku nak keluar dengan si D. Mati la aku kalau aku bagitahu kat dia. Mau die nak bagi aku pergi?

B: …….

See? Menipu sebab tak nak bf/gf kita tahu apa yang kita buat sebenarnya. Dan, si bf/gf tu, pantang dapat tahu bf/gf keluar dengan orang lain, siap nak melenting. Ada pulak tu, siap tak bagi bf/gf dia rapat dengan kawan-kawan dia yang lain. Itu baru bercinta. Kalau dah kahwin nanti, maunye kurung laki/bini masing-masing dalam rumah.

Then, timbul pula persoalan ini, salahkah orang yang sudah ada pasangan itu hendak berkawan? Tak salah. Salahnya, bila niat untuk berkawan itu dipesongkan ke arah lain. Niat nak mencari lain la tu. Ya. Betol. Ada sesetengah individu itu, setelah diberi kepercayaan oleh pasangan masing-masing, kepercayaan yang diberi itu disalahgunakan. Take advantagela orang putih cakap. Elok orang tu dah bagi dia kebebasan, dia dengan seronoknya berfoya-foya dengan orang lain. Orang kata, tak cukup dengan satu, tak kira lelaki or perempuan.

Lagi satu kes, niat untuk berkawan disalah ertikan. Sebenarnya, kawan itu memang betul-betul anggap seseorang itu tidak lebih dari seorang kawan. Yang ada di dalam hatinya, cuma bf/gf masing-masing. Yang lain, tidak lebih dari seorang kawan. Teruklah andai kata orang yang sudah berpunya itu tidak boleh nak berkawan dengan perempuan/lelaki lain. Pernah ada satu situasi yang berlaku di keliling aku, bf/gf dia punya la tak bagi pasangan dia berkawan dengan orang lain, sampaikanchatting dengan rakan sekelas pun tak boleh. Dalam bercinta ni, tak perlu nak mengongkong sangat. Berpada-pada la. Tapi.. Bila diberi kebebasan tu.. Jangan ‘terlebih sudah’ dah la..

OK. Sudah penat jari-jemari runcingku menari di atas keyboard ni. 

Jadi, apa yang boleh disimpulkan dari bebelan-bebelan aku tu tadi? Pada aku, apa yang penting, belajarlah mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain. Bila kita dah tahu nak mencintai dan menghargai diri sendiri, barulah kita boleh belajar untuk mencintai dan menghargai orang lain. Dan waktu itu, barulah kita akan tahu erti percintaan yang sebenar. Kerana.. Cinta itu suatu yang suci. Sesuatu yang amat indah. Jangan dicemari dengan noda-noda seperti penipuan, ketidakjujuran, keegoan. Ingat! Jangan pernah menyanjung cinta, jika tak kenal erti cinta. Dan cinta yang agung hanyalah pada DIA,ALLAH s.w.t.

No comments:

Post a Comment